Salam pembaca blog kiminikoza,
Lompat kijang atau 'triple jump' adalah salah satu acara di dalam sukan olahraga.
Aku nak kongsi serba sedikit tentang ilmu aku dalam lompat kijang ni untuk korang. Semoga yang baik tu boleh korang amalkan.
Untuk sesiapa yang baru nak menceburkan diri dalam acara lompat kijang ni. Korang kena tahu cara lompatan yang betul supaya korang tidak mudah cedera.
Lompat kijang terbahagi kepada fasa-fasa tertentu, iaitu Larian Landas-->Hop-->Step-->Jump
Apa itu larian landas?
Larian landas ini adalah larian yang dilakukan sebelum pelompat tersebut membuat take-off yang pertama. Semasa larian ini, pelompat haruslah mengawal kelajuan dan tidak boleh terlampau laju pada permulaan larian (nanti tidak cukup tenaga untuk membuat lompatan pertama). Jika terlampau push sewaktu larian, langkah akan menjadi panjang dan pusat graviti akan menjadi rendah. Bila pusat graviti rendah, susah la nak buat lompatan yang tinggi. Sepatutnya sebelum membuat take-off, pelompat tersebut hendaklah berada pada larian yang stabil, posisi badan yang tegak dan mempunyai pusat graviti yang tinggi dan mempunyai tenaga yang optimum untuk membuat lonjakan. Jika mahu menambah kelajuan, jangan besarkan langkah anda,sebaliknya lajukan frequency langkahan. Tidak dilupakan, larian mestilah dalam keadaan lutut yang agak tinggi (jangan la tinggi terlebih sangat).
Take-off
Di dalam fasa take-off, anda hendaklah mempunyai kelajuan yang paling optimum tetapi terkawal. Kesinambungan dari larian landas kepada take-off haruslah berterusan, tidak boleh brek ataupun kurangkan kelajuan kerana acara lompat kijang memerlukan anda menyimpan kelajuan sebanyak yang mungkin semasa melompat. Jika kelaajuan telah hilang sewaktu take-off, sukarlah untuk anda membuat lompatan step dan jump pula. Semasa membuat take-off, pastikan pusat graviti anda berada sebaris dengan lutut. Kaki hayunan anda haruslah diangkat cepat ke atas bagi membolehkan huyunan tersebut membawa badan anda lebih jauh ke hadapan.
Fasa Hop
Pastikan anda tidak kehilangan terlalu banyak speed di udara. Sebelum kaki cecah ke trek, pastikan anda sudah bersedia untuk attack trek tersebut untuk membuat STEP pula. Semasa landing hop, pastikan anda tidak jatuh dengan hujung kaki sebaliknya anda jatuh di bahagian tumit dan seperti hendaka mencakar trek tersebut dengan bahagian spike anda. Pusat graviti semasa landing hop haruslah berada berdekatan dengan lutut juga.
Fasa Step
Lompatan step bukan hanya langkahan biasa sebaliknya langkahan yang besar bersama lompatan. Patikan semasa di udara badan anda tidak tertinggal di belakang. badan haruslah seiring dengan kaki di hadapan. dan sebelum landing, anda haruslah sudah bersedia untuk mencakar trek untuk membuat jump pula. Pastikan anda tidak landing menggunakan hujung kaki.
Fasa Jump
Fasa jump agak sukar dilakukan kerana ketika ini kelajuan berada pada tahap paling rendah. Hal ini disebabkan kelajuan hilang pada fasa sebelumnya. Seseorang atlet lompat kijang yang baik ialah jika dia dapat meminimumkan kehilangan kelajuan semasa setiap fasa sebelumnya. Pelompat haruslah membuat lompatan yang tinggi untuk membolehkan jarak lompatan yang lebih jauh. Untuk membantu anda menambah kekuatan sewaktu lompatan jump, anda boleh menggunakan teknik double hand swing. Ayunan kedua-dua tangan ini membantu menambah momentum kepada anda.
Lihat video lompat kijang ini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.