Tuesday, May 24, 2011

Hati-hati dengan Iphone Tiruan

Sekarang ni banyak kedai-kedai handphone jual iphone tiruan ni. Mereka cakap iphone ni original. Korang boleh dapat iphone 4 dalam harga RM1000.

Murah kot..

tapi sebenarnya iphone ni buatan china atau taiwan. Ada juga yang cakap hp ni singapore punya.

Aku pon xtahu mana satu betul..

Pengalaman aku...

Penah juga la aku teman abang aku pergi cari handphone kat KOTA RAYA KL. kat sana memang banyak handphone tapi korang kena hati- hati sebab banyak penyangak jugak kat sana tu.

Ada satu kedai ni, dia cakap dealer digi. Pada mulanya dia tunjukkan kat kami handphone iphone 4 original. Memang aku tahu sangat la iphone original macam mana. Harga dalam RM1000 je. Memang berminat la.

Sebelum beli memang dah tanya habis dah betul ke handphone ni original, dia cakap betul. So kitorang pon bayar la. Masa beli tu dia tak bagi buka dan check handphone. Dia cakap cas 6 jam baru boleh buka sebab takut software dalam tu tak boleh run. Dah cas 6 jam,kitorang pon buka la. Peh memang panas la gua. Rupa-rupanya handphone china. Memang frust la.

Nasihat aku: Korang hati-hati la kalau nak beli handphone murah-murah ni. Kena check betul-betul. Kalau dah beli memang susah nak dapat duit balik. Penjual- penjual ni memang pandai nak kelentong.

Kalau korang ada pengalaman share-share la sama.

Thursday, May 19, 2011

Macam mana nak letak video youtube dalam blog

Nak letak video dari youtube dalam blog?

Mudah je nak letak video dari youtube.

Pergi ke page video Youtube yang hendak di tambah.

Klik butang share di bawah video tersebut


Klik pula butang embed


Copy Embed kod video Youtube tersebut


Paste di blog edit anda.


Video Youtube anda telah dipaparkan di blog anda.
Enjoy !



Youtube video, nak letak video
Freeze Dried Fruit

Teknik Lompat Kijang Yang Betul

Salam pembaca blog kiminikoza,

Lompat kijang atau 'triple jump' adalah salah satu acara di dalam sukan olahraga.

Aku nak kongsi serba sedikit tentang ilmu aku dalam lompat kijang ni untuk korang. Semoga yang baik tu boleh korang amalkan.

Untuk sesiapa yang baru nak menceburkan diri dalam acara lompat kijang ni. Korang kena tahu cara lompatan yang betul supaya korang tidak mudah cedera.

Lompat kijang terbahagi kepada fasa-fasa tertentu, iaitu Larian Landas-->Hop-->Step-->Jump

Apa itu larian landas?

Larian landas ini adalah larian yang dilakukan sebelum pelompat tersebut membuat take-off yang pertama. Semasa larian ini, pelompat haruslah mengawal kelajuan dan tidak boleh terlampau laju pada permulaan larian (nanti tidak cukup tenaga untuk membuat lompatan pertama). Jika terlampau push sewaktu larian, langkah akan menjadi panjang dan pusat graviti akan menjadi rendah. Bila pusat graviti rendah, susah la nak buat lompatan yang tinggi. Sepatutnya sebelum membuat take-off, pelompat tersebut hendaklah berada pada larian yang stabil, posisi badan yang tegak dan mempunyai pusat graviti yang tinggi dan mempunyai tenaga yang optimum untuk membuat lonjakan. Jika mahu menambah kelajuan, jangan besarkan langkah anda,sebaliknya lajukan frequency langkahan. Tidak dilupakan, larian mestilah dalam keadaan lutut yang agak tinggi (jangan la tinggi terlebih sangat).

Take-off

Di dalam fasa take-off, anda hendaklah mempunyai kelajuan yang paling optimum tetapi terkawal. Kesinambungan dari larian landas kepada take-off haruslah berterusan, tidak boleh brek ataupun kurangkan kelajuan kerana acara lompat kijang memerlukan anda menyimpan kelajuan sebanyak yang mungkin semasa melompat. Jika kelaajuan telah hilang sewaktu take-off, sukarlah untuk anda membuat lompatan step dan jump pula. Semasa membuat take-off, pastikan pusat graviti anda berada sebaris dengan lutut. Kaki hayunan anda haruslah diangkat cepat ke atas bagi membolehkan huyunan tersebut membawa badan anda lebih jauh ke hadapan.

Fasa Hop

Pastikan anda tidak kehilangan terlalu banyak speed di udara. Sebelum kaki cecah ke trek, pastikan anda sudah bersedia untuk attack trek tersebut untuk membuat STEP pula. Semasa landing hop, pastikan anda tidak jatuh dengan hujung kaki sebaliknya anda jatuh di bahagian tumit dan seperti hendaka mencakar trek tersebut dengan bahagian spike anda. Pusat graviti semasa landing hop haruslah berada berdekatan dengan lutut juga.

Fasa Step

Lompatan step bukan hanya langkahan biasa sebaliknya langkahan yang besar bersama lompatan. Patikan semasa di udara badan anda tidak tertinggal di belakang. badan haruslah seiring dengan kaki di hadapan. dan sebelum landing, anda haruslah sudah bersedia untuk mencakar trek untuk membuat jump pula. Pastikan anda tidak landing menggunakan hujung kaki.

Fasa Jump

Fasa jump agak sukar dilakukan kerana ketika ini kelajuan berada pada tahap paling rendah. Hal ini disebabkan kelajuan hilang pada fasa sebelumnya. Seseorang atlet lompat kijang yang baik ialah jika dia dapat meminimumkan kehilangan kelajuan semasa setiap fasa sebelumnya. Pelompat haruslah membuat lompatan yang tinggi untuk membolehkan jarak lompatan yang lebih jauh. Untuk membantu anda menambah kekuatan sewaktu lompatan jump, anda boleh menggunakan teknik double hand swing. Ayunan kedua-dua tangan ini membantu menambah momentum kepada anda.

Lihat video lompat kijang ini

Selamat Datang KimiNikoza

Hai kawan2 blogger. Pukul 12:57Pagi dah nie. Tapi aku masih dok menaip ni. Haha.. Maklumla ni post pertama aku untuk blog Kimynikoza nie..

Siapa Aku??
Nama aku Hakimi.Korang boleh panggil aku kimy jer. Aku berUmur 20 tahun dan masih belajar. Hobi pulak suka membaca dan menulis blog. Selain tu aku juga ada beberapa laman web. Maklumla nak juga cari pendapatan sampingan.hehe.

Ni kalau korang nak tau website aku..
Topupbiz.com
Fasteload.com
Myad.my

Bukan nak promote tapi saja nak bagi tahu. hehe.

Aku ni masih junior lagi dalam bab-bab blogger ni. So harap kakak-kakak atau abang-abang expert kat luar sana boleh bagi tunjuk ajar serba sedikit.

Dah tak ada apa lagi nak tulis. Jumpa lagi di post yang lain. kimynikoza.